leave it blank, take a stand or raise one hand

~::TIADA APA YANG LEBIH PENTING SELAIN APA YANG SUDAH PUN WUJUD KEPENTINGANNYA::~

20051215

 

In My Own World



if there is any reason at all for me to write again, it would be for my biggest fan. i guess i never knew the meaning of what is appreciation until i saw the loyalty. im not sure how to explain that but i wont deny losing my muse. my muse died on me. so i stopped. well that's not entirely true. i write but for what and who that mattered most. perhaps the freedom i seeked, i found and my wildest imagination can be lived. that's a blessing.

im afraid of the world outside my own. i'd feel cheated, humiliated and betrayed. if life is about sadness then i prefer to indulge in dreams. but if i get a nightmare, i'd not want to sleep for days. however, love is not to be taken lightly. no more comfort in darkness. no more hiding in the closet. the world is big so i do not want to be greedy. i take what i have and build a kingdom for my survival. someone will rise with me and our little world would seem like a real big world. for that im grateful.

i've lost something i cant regain from here and this is enough proof. i shall stop.... here.

20051110

 
Lagu Hit Sensasi Sepanjang Zaman

dah tentu bila tibanya musim raya, lagu-lagu raya mulalah berkumandang di setiap stesen radio tempatan yang prihatin terhadap perayaan yang disambut oleh kebanyakan orang melayu di negara kita ni. penyampai radio akan secara terus-menerus menunaikan permintaan ramai untuk mendengarkan lagu raya kesukaan mereka. memang merdu bertambah sayu tatkala dalam perjalanan pulang ke kampung apabila mendengar lagu-lagu yang sebegini di musim perayaan.

sayang sekali, sudah semakin berleluasa satu tabiat artis baru yang cuba memperbaharui lagu lama dengan melodi dan nada yang moden. secara tak langsung memasukkan pengaruh pop pada lagu yang sudah dikira "evergreen raya". meluat sungguh bila terdengar. apa lah salah jika buat saje lagu raya baru? tak perlu nak ciplak, nak "modify". takde maknanya dek oi. tapi susah gak nak kata, mawi modify lagu raya tu, boleh tahan sedapnya. hampeh suara dia je tak "power". lagi susah nak pikir, lagu raya baru ni, macam tak sodap. teringat plak kat lagu 4U2C..."bergemar takbir di pagi raya...". siap ada dance step. (housemate aku pernah tarik-tarik rambut ngan adik dia sebab berebut autograph 4U2C- hihihi... kurang "entertainment" kat KB)

sembang pasal lagu ni aku mengalami sedikit kebingitan dalam kepala sebab satu lagu hit sepanjang zaman ni taknak keluar dari kepala hotak aku. dari tadi aku dok nyanyi dalam kepala tapi dok sangkut kat satu baris ni aje: di mana diaaaa, anak kambing sayaaa.. anak kambing sayaaa........ pap! terputus siaran. dah entah berapa puluh kali mengulang. sampai satu ofis aku paksa ingat baris seterusnya tu. tiba-tiba aku dengar nyanyian lemah longlai daripada belakang tempat duduk aku. rupa-rupanya si bob dok cuba ingat lagu tu. bukan main sumbang suaranya. aduh pak! akhirnya dia pun "give up" dan suruh aku carik dalam internet. jadi ni hasil dia:

di mana dia, anak kambing saya
anak kambing saya ada di tepi sawah
di mana dia si bujang ibu
si bujang ibu yang pakai baju merah

can mali can
can mali can
can mali can
ketipung payung (x2)

sekarang tersangkut pulak lagu suriram..

suriram, suriram ram ram ramlah ram
suriram manisku
aduhai anakku sayang
suriram jantung hati ku

kalau nak dengar lagu ni boleh lah melawat
http://edorel.com/web/adriana/midi.html.

hmmm teringat pulak aku pada satu kejadian pulang dari beraya bersama keluarga. terdengar pula satu lagu klasik raya oleh m.nasir: satu hari di hari raya. memang lagu kegemaran aku setiap raya tapi ada pula suara yang mengatakan lagu ni tak patut. "adakah pulak satu hari saja dia rasa macam tu. habih tu hari lain dia rasalah? kena tunggu every raya baru nak rasa macam tu ". nak tahu puncanya? ni lirik lagunya:

satu hari di hari raya
ku lihat cahaya bersinar indah
langit cemerlang tak terkira
tanda kuasa yang maha esa
memberi nikmat pada manusia

satu hari di hari saya
ku dengar irama yang sungguh indah
ku cuba mendekati padaNya
kira irama itu adalah
suara pujian pada yang Esa

satu hari di hari raya
aku menangis tanda gembira
aku menangis tanda kucinta kepadaNya

satu hari di hari raya
ku lihat wajah suci ibuku
ku lihat wajah kasih ayahku
ku gembira
mungkin ini dialah kebahagian


lirik boleh didapati di: http://www.liriklagu.com/liriklagu/LirikLaguRaya.html

sebab apa berlaku sesi persoalan kesahihan lagu di atas? sebab si penyoal hanya mengambil kira dari konteks satu ayat lagu iaitu satu hari di hari raya. dia ingat ni pasal hari pertama raya saja dan setiap raya baru dia terpikir tentang kebesaran yang maha Esa. baru terpikir tentang kedua ibu-bapanya.

penyoalan diberi jawapan secara tenang: lagu ni hanya bermakna pada si penulis dan bagi kita yang mendengar, insyaallah dapat membukakan mata kita yang masih buta, hati kita yang keras macam batu boleh jadi air tenang yang mengalir dari bukit sepertimana si penulis lagu yang mendapat iktibar daripada satu kejadian di pagi raya tersebut. bukannya pada hari raya saje dia nak ingat tuhan dan mak bapak. hapa lah depa ni! chaits!

apa-apapun bulan syawal masih ada. sangat afdal jika kita saling bermaafan dan mendekati diri pada yang Kuasa. mungkin ada sesetengah daripada kita merupakan manusia sesat tak berarah dan yakinlah, pada bulan-bulan yang mulia ini, ada rahmat disebalik setiap kejadian dan jika kita dicucuri rahmatNya itu, insyaallah nikmatnya tidak terhingga. jika tidak, teruslah mencuba mencari jalan yang terang dan tenang. insyaallah.

wasalam.



20051014

 
Kisah Adik Beradik


Kenapa perlu ada perasaan dengki? kenapa harus kau rendahkan aku yang sudah cukup rendah di mata sekeliling kita? haruskah darah yang sama mengalir dalam jasad kita dibeza-bezakan seolah-olah kau malu dengan adanya aku? aku tidak ingin menggugat kedudukan kau. aku tidak iri hati dengan apa yang kau ada. aku tidak perlukan apa yang diberikan kepada kau. aku tidak dengki dengan kepandaian kau, paras rupa kau, hati mulia kau, dan kehidupan sempurna kau.

malah aku berbangga dengan apa yang kau ada. aku sentiasa menyanjungi kepandaian kau dan tidak sekali aku cuba menandingi kau. tidak ada orang yang lebih aku hormati selain kau. tidakkah kau tahu? tidak sedarkah engkau yang aku telah memilih masa depan aku iaitu berdiri di belakang kau? dan jika ada bahaya di depan kau, aku sanggup mati demi kejayaan engkau. aku tidak memaksa kau mengasihi aku mahupun menghormati aku ataupun menganugerahkan kebolehanku. tetapi kenapa harus kau mengsyakwa aku? mengapa kau mempersoalkan kejujuranku terhadap kau? kenapa kau fikir aku hanya hendak bertekak dengan kau?

tidakkah kau sedar yang aku sentiasa sedih setiap kali kita bertengkar? tidakkah kau tahu betapa berdosanya aku terhadap kau setiap kali dalam keadaan gamat kita menengking dan berbusuk hati sehingga aku sesak nafas? mengapa aku menangis? kenapa aku sensitif? sebab kau idolaku dan setiap kali kita bertengkar aku kecewa dengan sikapmu. tahukah engkau setiap kali itu berlaku, secara semulajadi perasaan marah, sedih dan kecewa itu akan lesap dan aku kembali mengharapkan keistimewaanmu untuk menceriakanku? tahukah engkau yang adanya aku di sini hari ni sebab aku yakin kau lah pelindung ku dan aku pelindung mu?

benci aku bila mengenangkan keburukan yang kita sandarkan antara satu sama lain demi kepentingan diri. bukankah kita adik beradik? takkah sama rupa ibu bapamu dengan yang telah membesarkan aku? aku tak ingin lagi ini berterusan seperti ibu bapa kita gagal memberi panduan hidup dengan baik.

we're in this together and you better believe it. if you want it all to yourself, i'll be glad to step aside because i know you will take this small piece of land and build an entire country if you wanted to. i have full confidence that you're going to be somebody someday and if its worth anything, you've always been somebody to me. but for now, give me a chance. open your mind, open your heart because i dont hate you so dont hate me. im no better than you and i will never be no matter how hard i tried. and you know what? i'm fine with that. always have been and always will be.


20051005

 
Ramadhan Dan Aku



bulan mulia datang lagi tapi sudah pasti ramai yang masih tidak dapat memahami erti berpuasa ataupun tak hingin nak ambil tahu. kalau tak tahu, bertanya lah tapi kalau taknak tahu tahan diri daripada mencela kehendak ugama umat islam.

apa-apa pun terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang ikhlas hendak beramal-ibadat di bulan yang mulia ini. insyaallah di bulan yang penuh dengan keampunan ini, dapat kita menerima rahmatNya dan semoga Dia memberkati amalan kita di bulan ramadhan yang mulia ini. mudah-mudahan bertambah lah pahala dan kuranglah dosa yang menggunung selama ini. Amin.

aku sepertimana manusia lain yang tidak sepenuhnya sempurna mungkin terkenal dengan sifat sambil lekaku. ugama aku sedari tapi sekadar mempraktik sambil lewa. adakah ini bermakna aku tidak menghormati ugama yang mana lahirnya aku dalam kegemilangan umatnya? mungkin daripada sepenjuru atau pepenjuru yang lain, dipandangnya aku sebagai orang yang mempersendakan ugama. mengapa?

pilihan pemakaian? pilihan pertuturan? pilihan irama? pilihan institusi tinggi? pilihan makanan? pilihan rakan? pilihan seksual? pilihan idea? apakah ini menjadi dasar keburukan seseorang? adakah hanya yang bertudung, yang sembahyang lima waktu sehari, yang dengar lagu melayu, yang belajar di universiti tempatan, yang berkelompok sekaum, yang makan di restoran melayu dan yang membahasakan dirinya saya dan bukan aku itu seorang umat islam yang mulia?

mungkin aku saja yang terasa tertuduh sedangkan dunia tidak langsung memerhatikan diriku. mungkin aku terasa sebab aku sendiri tergigit cili. mungkin aku sekadar hendak sedarkan diri sendiri ataupun mungkin aku sudah bosan dengan apa yang mereka benar-benar katakan.

apa yang salah aku akui sebagai kesalahan. dan setiap kesalahan itu boleh diampunkan tapi haruslah kita janjikan perubahan. setiap perubahan pula sukar berlaku sekelip mata maka dengan itu perlu wujud kesabaran. kesabaran pula bukanlah suatu mukjizat tapi ia perlu dibentuk melalui ibadah. peluang beribadah memang tidak akan kehausan selagi kita boleh bernafas tapi suatu hari nafas terakhir tertakdir dihembus. apabila tiada lagi nafas maka hilanglah sudah nyawa dan segalanya terhenti.

mengapa tunggu saja sampai habis nyawa? berimanlah, bertaqwalah, beribadatlah kerana yang pastinya di akhir hayat, kita seorang diri berdiri di hadapanNya dan segala apa yang telah kita lemparkan terhadap orang lain, akan berpaling menampar diri kita kelak. menilai orang di dunia bagai nak rak tapi di akhirat nanti, lupakah yang diri kita juga akan dinilai?

pendirian aku mengenai ugama sebenarnya mudah dan ringkas. semuanya terpulang kepada individu. pilihan cara hidupku dari pelbagai segi mungkin bercanggah dari segi ugama tapi itu hanya daripada pandangan manusia yang tidak kurang cacat celanya. maka aku hanya mempercayai Allah S.W.T dan segala ibadatku hanya untukNya. aku percaya disebalik setiap kejadian, ada hikmahNya dan aku sentiasa ingatkan diri supaya redha dengan keadaan. ketidaksempurnaanku di mata manusia mungkin insyaallah pemberian istimewaNya.

jadi aku seperti umat islam yang lain turut gembira menyambut ramadhan dan dengan izin Allah akan ku sempurnakan sebaik boleh. insyaallah aku berdoa agar ibadatku ini diterimaNya. Amin.

aku orang islam walau apapun pilihan aku.

wasalam.


20050928

 

Blogwar

entah apa nak jadi dunia ni hinggakan ke dalam 'internet' ni pun nak berperang. kalau perang yang masuk akal takpe jugak tapi mana ada ye dak, perang yang masuk akal? sekurang-kurangnya biarlah perang secara intelek di mana ia boleh membuka minda pembaca. biar betul atau salah, pendapat tetap pendapat. malangnya perang dalam 'internet' ni semua berasaskan populariti. sedih bila difikirkan betapa bosannya sesetengah orang sehingga sanggup memakan masa demi mencabul hak asasi pengguna 'internet' yang lain. macam lah dia sorang aje yang berhak guna 'internet' ni. sebab apa? sebab dia 'start' dulu.. chaits! kononlah tu. kalau nak dipersoalkan siapa 'start' apa dulu, memang mati empat kali hidup balik lima kali pun tak berbaloi.

kalau "perang" yang dimaksudkan ini ala-ala berwibawa sedikit takpelah. ni asyik dok kutuk sana, kutuk sini sampai ke tahap peribadi dan sering mengganggu emosi pengguna 'internet' yang kurang stabil. dalam erti kata bahasa lain 'low blow' yang menyebabkan pelbagai pihak campur tangan padahal semua tu sebenarnya dah tertampar diri sendiri balik tu, cuma tak reti-reti nak dok diam-diam buat hal sendiri. al-maklumlah, perang lah katakan. kenalah 'fire' melolo. api lawan api, kalau tak yang simbah air tu dipanggil pengecut ataupun 'pussy'.
nasihat aku, pandai mengutuk, pandailah terima kutukan. takde gunanya sampai takde topik lain yang boleh dibawak bersembang. balik-balik dok cerita benda tu. walhal dalam dunia ni, banyak lagi benda yang boleh dibahaskan secara terbuka. ni tak. asyik sibuk kejar populariti siapa paling hebat mengutuk. pastu dah terkena sekali, mula nak melatah sorang diri. lama-lama, orang akan bosan dengan cara macam tu. so, sudah-sudahlah.

tiada maknanya populariti dalam 'internet' ni 'if you're not making millions!' - peace, part tu saje nak masukkan. "im making millions" = doa tuh!

dalam dunia 'internet' ni dah wujud lama fenomenon 'blogging' ni. tapi semenjak-dua menjak ni, ada lah pulak bloggers tanahair yang dipaparkan kat suratkhabar dan majalah-majalah sehinggakan ada bloggers yang selama ni sekadar mengaut populariti melalui kutipan "comments" terbanyak sebab mahir berbahasa lucah, naik berang. sebab apa? aku pun tak tahu.


tapi aku harus puji satu mamat yang diketengahkan dalam akhbar tempatan tak lama dulu iaitu si jeff ooi. banyak perkara yang boleh dipelajari kat blog dia tu. benda yang aku tak tau langsung boleh jadi minat plak nak tau. aku ni bukanlah 'super-intelect' ke apa tapi sekadar manusia biasa yang nak ambil tahu perkara yang boleh menjadi kepentingan dalam diri dan hidup. hidup baru nak mula dan tiada apa yang terlambat "if you stop whining".

bagi aku, si jeff ooi tu memang layak ditampilkan untuk pengetahuan umum.
tapi bagi bloggers lain yang kurang mendapat 'appeal' sebegitu, mula memberi pelbagai 'defensive statements' - macamlah 'statement' mereka tu 'in demand' sangat. takde siapa suruh pun diorang pertahankan 'blogging skill' diorang tu tapi nak jugak sekadar nak mencilok populariti sebagai "blogger bermulut lantang". apa yang mereka boleh buat? mereka kutuk bloggers yang mendapat sambutan media kemudian panggil geng-geng mereka untuk memenuhkan ruangan "comments" sebab itu lah maknanya populariti terbaik dalam dunia blog ni. hampeh lah macam ni. orang kata macam kulit je tebal ada tapi isi haluih je. chaits bikin panas saje.

semua ni bagi aku tak bermotif. sudah tentu apa yang aku tulis ni boleh diserang dari pelbagai sudut:


sudut pertama: nak cari populariti jugak

sudut kedua: nak tunjuk pandai pulak

sudut ketiga: nak cari pasal lah tu

sudut keempat: nak kenakan orang lah ni

sudut kelima: -bahagian ni biar mereka sendiri pikirkan-


apa-apapun baru-baru ni aku masukkan tracker pengunjung blog aku ni. sudah tentu seronok kalau ada orang baca tapi yang lebih menarik bagi aku is to see where they found me. apa yang mereka taip sampai boleh terjerumuih ke blog aku ni. tapi itu semua tak penting sebab "im making millions!".. amiiiiinnnn.


kali ni aku berceloteh mungkin sampai termerapu sikit tapi ada motifnya. aku rasa perang blog ni dah semakin melampaui batas. batas apa? mana ada batas dalam dunia 'internet' ni?? memang boleh dikatakan begitu tapi dari segi kemanusiaan... ish ish ish. tak berhati-perut sesetengah orang ni sampaikan nasib malang orang lain dijadikan bahan lawaknya dan yang sudah bernasib malang, tidak reti pulak bersyukur dengan peluang kali kedua ini.

aku kesal.
apahal plak aku nak kesal lebih-lebih ye dak? diorang nak tampar orang pastu tertendang plak diri sendiri. ah pandai-pandailah kurangkan sakit tu.

wasalam.

20050921

 

Berakhir Lagi


aku bergegas balik ke rumah semalam sebab takut ketinggalan (yang aku tahu) episod terakhir rancangan tv realiti "mencari cinta". mungkin tak banyak rancangan realiti yang aku ikuti tapi yang satu ni, dia jadi sangkut pulak. so apa lagi, dengan gelojoh aku sumbat burger dalam mulut, mandi lepas tu terus baring-baring menunggu detik-detik akhir "mencari cinta". tengok punya tengok, dah pun sampai ke akhir-akhir rancangan. aku semakin gementar dan rakan serumah aku buat-buat macam dia tak peduli kesudahannya.

akan tetapi, apa yang kami sangka akan ada penghujung, tinggal sangkaan belaka. rupa-rupanya masih apa 'segment' menendang satu lagi mat bujang terlampau dan dah nak jadi cerita, khairul pulak yang disingkirkan.

memperkenalkan khairul:

khairul merupakan seorang duda (tapi sebelum ni, ingatkan 'fact' itu sekadar peribadi tapi semalam secara 'open' pulak ia dibincangkan) yang ingin mencuba nasib buat kali kedua dalam mencari cinta ni. entah-entah ke dia 'playa' ke apa kat luar sana, kita mana tahu. tapi sekurang-kurangnya khairul ni kelihatan lebih matang, kurang sifat keperempuanan, bekerjaya dan nampak macam dia seorang lelaki tulen. kesimpulannya, 'emo moment' dia tu terbatas. atas sebab yang lain, yang tidak dinyatakan di sini, kami meminati khairul dan berharap dia akan menjadi pemenangnya.

apa kan daya, kita sekadar penonton. si gadis hitam legam telah membuat pilihan berdasarkan 'instinct' nya. khairul dikeluarkan demi mencari kepastian dengan si muka raket tenis dan si muka raket badminton. rasanya si gadis ni suka yang muka kembang kot? hmm entahlah. masing-masing punya pilihan dan citarasa tersendiri. macam kakak aku suka yang gempal tapi tahu berdikari dan aku pulak suka yang sederhana kecil tapi pandai berkomunikasi. maka semalam berakhirlah riwayat khairul, jejaka pilihan aku sebagai penonton.

"mencari cinta" akan sampai kemuncaknya minggu hadapan tapi sudah kurang rasa gelisah buat aku. iya lah, dah jejaka pilihan terkeluar awal. apa-apapun, aku pasti tak ketinggalan menyaksikan kesudahannya. sebab apa? sebab realiti tv merupakan hiburan yang menrancakkan suasana di mana kini menonton. its the best!

ramai orang mencemuh kewujudan realiti tv, mengatakan ia sekadar penipuan pemasaran produk penaja untuk mengaut keuntungan mudah. pertama, sape kata mudah? kalau rancangan realiti pasal membanting padi, siapa nak tengok? siapa nak undi? dan tidak semua realiti tv menggunakan teknik undian. kedua dari segi penaja dan untung, itu diorang punya pandai lah. jangan sebab kita tidak ditaraf mereka ataupun tak reti buat 'business' ataupun tak 'skill' jual produk, kita nak kutuk tindakan mereka. cemburu pi lah, bukannya depa peduli pun.

bagi aku, realiti tv ni boleh membuatkan suasana malam hari atau siang menjadi gamat!! gamat dengan telatah masing-masing maupun di tv ataupun di rumah yang sedang menonton. syiok betullah!! rancangan macam ni menggalakan kita beramai-ramai menonton. aku suka betul kalau 'gettogether' tonton secara 'massive' ni. 'massive' aku maksudkan ni cuma antara geng-geng aku lah dan kenkadang keluarga.

tapi kalau nak ikut geng lama yang pernah aku lepak dulu, mereka ni semua lebih seronok mengutuk apa-apa yang tak sehaluan dengan kepala mereka. yang seronoknya, mereka sendiri tak tahu apa dalam haluan mereka. buta tuli kutuk sebab seronok. mereka kata, peduli apa orang lain nak kata. gelak sini, gelak sana, togak dan pengsan.

nah ni realiti tv nak kata, peduli apa mulut korang busuk.

kesimpulannya aku memang suka tengok realiti tv baik yang lokal maupun antarabangsa. samada ia bercorak interaktif atau sehala, ia tidak menjadi ukuran buat aku. sebabnya, aku menonton sekadar hiburan. bukannya nak kata realiti tv ni 100% bagus, tidak tapi kalau reti menilai apa sekadar hiburan tu, boleh lah layan. memang ada yang boleh jadi gila sebab dok sms sampai berpuluh ribu habis dalam satu bulan dan ni soalan aku, sape suruh? adakah sebab ada golongan sms-fanatik ni, realiti tv wajar dicemuh, diberhentikan? fikir baik-baik.

ni aku nak kasi 'tips' mudah menonton realiti tv:

1. layan je selagi tak perlu mengeluarkan satu sen pun.
2. layan je asalkan cukup tido dan tak berhenti kerja semata-mata nak tengok 'channel 15'
3. layan je jika takde benda penting yang perlu didahulukan seperti mandi dan basuh pinggan.
4. layan je selagi ada tv sebab kalau dah takde tv, hanya tinggal realiti.
5. layan je dan jadikan alasan perniagaan sebab kalau korang nak berjaya dalam perniagaan dengan pihak kerajaan, kenalah ambik tahu isu-isu semam dalam realiti tv di malaysia - duit tu yang!
6. akhir sekali, layan je lah. bukakan fikiran dan terima hiburan. kalau tak boleh jugak, takde sape paksa tengok. anda ada pilihan samada nak pergi berebut parking kat midvalley atau beratur kat panggung wayang atau menikmati pemandangan belakang kereta hadapan kat jalan tun razak atau kayakan mamak kat hartamas atau beli kopi mahal sambil mengulang cerita yang sama sepuluh kali dan lagi atau terlibatkan diri dalam kemalangan ketika mabuk.

itupun jika anda lebih minat realiti dan tidak dapat menerima apa yang sekadar hiburan bercorak realiti tv.

malam ni rockstar:INXS finale!!



20050914

 

Let It Be Missed

weddings, birthdays, reunion and death, all in less than one month. sad is stronger on my side. apart from that i feel nothing. less than interested, less than enthusiastic. constantly rummaging for something new. a new scene, a new plot.

setiap malam, aku masih dibayangi mimpi yang sekian hari kian menambah buntu di kepalaku. timbul persoalan yang memerangkapku dalam dunia kecil ciptaanku. anasir-anasir luar akan ku tepis, sehinggakan yang disayangi aku biarkan menangis. rindu memang rindu tapi hanya pada yang jauh, yang sudah tak lut di muka bumi.

jiwaku tak tenteram seolah-olah, ada yang sesuatu yang ketinggalan semasa kesemua acara berlaku satu demi satu. tak tenteram tak bermakna gelisah. mungkin aku perlu katakan apa yang harus aku katakan sejak dari dulu lagi. penipuan ini hanya akan menambah beban yang tak ingin aku tanggung. jika perpisahan yang diredha'i Allah maka tiada guna mengharap keajaiban lagi. tentunya ada rahmat. ia semua sudah tertulis.

but letting go is hard to do but its worse to keep. a new age of my being leads me. you old hags, stop tapping on my shoulder. i wont pretend to not know you because i really dont know any of you. you have been fake to me my entire life and im not bothered if you changed.

family, now that's something coming close to a lost. obviously for some, it was never a plus. tapi kenapa kita yang diseru pada saat-saat akhir sedangkan kewujudan kita ibarat sutera reput yang hanya mencemar laluan keemasan mereka. jika keikhlasan menjadi punca kegelisahan saudara-saudari, ampunkan kami kerana membawa murka. kami tidak mengharap bunga-bunga emas mu, kami sekadar ingin merayai saudara yang kami kenali. tidak ada rasa kecil hati jika saudara reti erti menghormati.

for what needs to be let free, i am proud to miss but for what left on its own, it can be proud of itself.

Archives

03/31/05   04/05/05   04/13/05   04/20/05   08/05/05   08/08/05   08/10/05   08/13/05   08/18/05   08/23/05   09/14/05   09/21/05   09/28/05   10/05/05   10/14/05   11/10/05   12/15/05  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

eXTReMe Tracker